My Salah Mat In Malay
TIKAR SOLAT PENDIDIKAN
AJAR ANAK ANDA KECANTIKAN SOLAT MELALUI CARA YANG MENYERONOKKAN, MUDAH DAN INTERAKTIF
My Salah Mat
My Salah Mat: Menyeronokkan, Mudah dan Interaktif
Apakah produk ini? Mengapa ia sangat penting?
Sabagai bapa,apakah cabaran terbesar dalam mendidik anak anda tentang sembahyang?
My Salah Mat adalah panduan solat yang menggunakan interaktif sesentuh untuk kanak-kanak.
Di era iPad dan tablet, kanak-kanak sentiasa leka dengan permainan interaktif
Kami percaya menggalakkan kanak-kanak belajar cara sembahyang adalah menerusi cara yang mudah dan interaktif. Pengajaran tentang sembahyang juga haruslah aktif secara fizikal dan kolektif di atas tikar sembahyang, bukan hanya duduk dan menekan info di iPad atau tablet
Jadi kami cipta tikar sembahyang saiz penuh yang boleh digunakan untuk sembahyang dan belajar. Dengan corak yang menarik dan harmoni selaras dengan rekabentuk yang menyeronokkan untuk pembelajaran
Kami mahukan interaksi pertama kanak-kanak belajar melakukan sembahyang dengan penuh inspirasi dan positif supaya mereka mahu belajar dan melahirkan rasa cinta melakukan sembahyang
Sebagai bapa, apabila anak kami Hamzah bersedia untuk sembahyang- apabila dia mula berdiri di sebelah saya. Saya lihat dia seakan bergelut melakukan beberapa posisi, tetapi apabila saya cuba menunjukkan caranya, saya dapati ianya agak sukar. Dia mahu melakukan sujud tetapi tidak tahu bagaimana, dan dia akan meletakkan kepalanya sambil meniarap di lantai! Masha’Allah memang comel dan saya tidak memaksa dia melakukan posisi sujud yang betul dengan serta merta.
Saya terfikir jika saya dapat menghasilkan tikar sembahyang dengan gambarajah di mana dia harus meletakkan kakinya, lutut, tangan dan hidung ia tentu dapat membantu Hamzah dan semoga dapat membantu kanak-kanak yang lain juga.
Jadi kami harap, tikar sembahyang ini benar-benar dapat membantu ibubapa mengajar anak-anak mereka melakukan sembahyang, insyaallah.
My Salah Mat: Menyeronokkan, Mudah dan Interaktif